fbpx

Mayat lelaki dalam tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki ditemui di dalam tali air di Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kelaran pada leher di dalam tali air di Permatang Kerai Kecil, Kepala Batas di sini hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Amirul Asyraf Abdul Jaafar, 32, ditemui berdekatan sebuah motosikal dalam keadaan masih mengenakan topi keledar kira-kira pukul 8.15 pagi oleh orang awam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd. Noor, pihaknya pada awalnya menerima laporan berlaku kemalangan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati penunggang motosikal jenis Honda EX5 itu dipercayai terbabas sendiri ke dalam tali air dan hanya melibatkan sebuah kenderaan.

“Selepas mayat diangkat ke atas jalan, terdapat kesan kelar pada kanan kepala mangsa apabila topi keledarnya dibuka.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk bagi mengetahui sekiranya terdapat unsur jenayah,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI