PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Pahang, Sarawak, Johor dan Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran peningkatan kes jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua kawasan di empat negeri itu akan dikenakan PKPD berkuat kuasa 14 Julai dan dijangka tamat pada 27 Julai ini.
“Kawasan di Pahang membabitkan Felda Lembah Klau, Raub sementara di Sarawak melibatkan Kampung Kendaie dan Kampung Bukit Batu, Kuching.
“Bagi kawasan di Johor ialah Felda Maokil di Muar manakala di Sabah di Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3, Beaufort; kawasan sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau; Kampung Madsiang, Apartment Beverly Hills Fasa 2 dan Kampung Kobusak, Penampang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, sebanyak dua lokaliti di CLQ Gamuda Garden, Rawang dan Flat Taman Benus Jaya di Pahang akan dilanjutkan PKPD.
“Bagi kawasan di Rawang, kita mencadangkan PKPD dilanjutkan bermula pada 14 Julai ini hingga 19 Julai.
“Sementara di Flat Taman Benus Jaya, Pahang akan dilanjutkan PKPD bermula pada 14 Julai hingga 27 Julai,” jelasnya. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929