fbpx

Laluan tikus PKPD Mukim Sura diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemasangan penghadang konkrit di salah sebuah laluan tikus di PKPD Mukim Sura, Dungun hari ini.

DUNGUN – Tidak sampai 24 jam ditutup, lima laluan tikus di kawasan Sura di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dicerobohi individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemantauan pihaknya mendapati penghadang besi yang dipasang di kawasan berkenaan telah dialihkan manakala tali pita keselamatan pula dipotong.

Beliau berkata, laluan tikus tersebut ialah dua susur keluar ke Kampung Che Lijah, Lorong Bunga Raya Tujuh, pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Pasir serta pintu belakang pagar sekolah tersebut.

“Sehubungan itu, kesemua laluan tikus tersebut telah ditutup dengan penghadang konkrit.

“Penghadang konkrit tersebut dipasang dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang siap sepenuhnya hari ini,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan)
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI