fbpx

Kembar OKU harap ihsan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAZALI (kiri) dan kembarnya, Suhaimi terpaksa menjadikan rumah pusaka yang telah usang dan tidak terurus di Taman Sahabat, Teluk Kumbar, Balik Pulau sebagai tempat tinggal.

BALIK PULAU – Dua beradik kembar yang juga orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran di Taman Sahabat, Teluk Kumbar di sini terpaksa bergantung kepada ihsan orang ramai untuk mendapat upah dengan bekerja sebagai pembantu gerai dan pengutip barang lusuh.

Lebih menyedihkan, Sazali Mohamad Hussain, 35, dan adiknya, Suhaimi, 35, kini terpaksa menjadikan sebuah rumah usang sebagai tempat berteduh bersama seorang bapa saudara mereka yang tidak bekerja.

Tinjauan Kosmo! di kediaman separa kayu dan batu yang didia­mi dua beradik yatim piatu itu mendapati rumah berkenaan tidak ubah seperti sebuah stor, berbau busuk dan tidak terurus.

Menurut Sazali, dia bersama kembarnya tinggal di rumah pe­ninggalan arwah ibu dan bapa­nya sejak dari kecil lagi.

Katanya, bagi meneruskan kelangsungan hidup, mereka banyak bergantung kepada hasil upah sebagai pembantu di gerai makanan berdekatan rumah selain bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

“Cukuplah untuk kami cari duit untuk beli makanan kami dua beradik serta bapa saudara yang menjaga kami sejak kematian orang tua.

“Habis kerja, kami berdua akan kutip barang terpakai di tong sampah dan kumpul di rumah sebelum dijual kepada peniaga lain,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, kediaman dua beradik kembar itu dikunjungi Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gemuroh, Rosmawati Hashim. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI