fbpx

Taktikal Southgate pukau Eriksson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOUTHGATE (kanan) dipuji Eriksson yang menyifatkan beliau seorang jurulatih yang bijak mengatur taktikal untuk pasukan England. – AFP

LONDON – Bekas pengendali pasukan England, Sven Goran Eriksson mengakui perasaannya bercampur baur untuk menyokong skuad kendalian Gareth Southgate atau pasukan Itali yang dibimbing oleh Roberto Mancini yang akan bersaing pada final saingan Euro 2020 awal pagi Isnin nanti.

Bagaimanapun, Eriksson me­ngakui skuad The Three Lions lebih berpeluang untuk menjulang kejuaraan Euro buat pertama kali dalam sejarah sekali gus menamatkan kemarau trofi utama selama 55 tahun berbekalkan kelebihan mereka beraksi di ge­langgang keramat, Wembley.

“Secara jujur, saya menyokong England kerana bukan sahaja saya pernah mengendalikan pasukan itu, tetapi mereka adalah pasukan kegemaran saya selepas Sweden dan sudah tentu mereka adalah pilihan untuk bergelar juara nanti.

“Saya telah membimbing England selama lima tahun dan Southgate turut berada dalam skuad utama kami ketika Piala Dunia 2002. Justeru, saya tidak terkejut dengan kejayaannya membantu pasukan mara ke final kali ini.

“Secara peribadi, Southgate memiliki perancangan taktikal yang luar biasa dan berbeza pada setiap perlawanan. Jika dilihat pada aksi menentang Denmark, dia memasukkan Jack Grea­lish pada babak kedua sebelum menukarnya dengan Kieran Trippier pada masa tambahan ketika pasukan mendahului.

“Saya percaya hanya jurulatih yang berwibawa dan yakin de­ngan falsafahnya mampu membuat keputusan tersebut. Malah, kebangkitan pemain utama yang kini berada dalam puncak prestasi seperti Raheem Sterling dan Harry Kane turut menjadi kunci kejayaan pasukan itu,” katanya.

Bagaimanapun, Eriksson turut memuji kualiti Mancini yang merupakan bekas pemainnya ketika membimbing pasukan Serie A, Sampdoria dan Lazio pada era 90-an.

“Saya pernah bekerjasama dengan Mancini selama sembilan tahun di Sampdoria serta Lazio sebelum ini dan saya cukup kenal dengan kebijaksanaannya di luar atau di dalam padang.

“Mancini sememangnya harus diakui layak dilabel sebagai salah seorang jurulatih berkelas dunia. Persiapan yang dilakukannya cukup terperinci dan dia telah membawa kembali mentaliti kemenangan dalam skuad Itali selain mememastikan mereka bermain dengan falsafah bola sepak moden.

“Bagaimanapun, berat hati untuk saya katakan bahawa pilihan saya untuk final Euro kali ini adalah England tetapi saya ucapkan selamat maju jaya buat kedua-dua pasukan,” kata Erikson yang membimbing pasukan England pada 2001 hingga 2006. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI