fbpx

Peniaga golongan T20 turut terkesan ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook berkongsi kisah rakannya dari kelompok T20 yang terpaksa gulung tikar akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Muhamad Suffian Salahudin, rakannya itu berniaga dalam bidang pengangkutan dan terpaksa bergantung kepada pergerakan rentas negeri untuk melakukan jualan.

Katanya, syarikat berkenaan mempunyai empat cawangan dan kakitangan seramai 30 orang dan memerlukan sekurang-kurangnya RM150,000 sebulan untuk melunaskan segala bentuk bayaran seperti gaji dan pinjaman aset kenderaan.

“Bayangkan, syarikat ini dah wujud empat tahun dan ketika PKP lepas, licin simpanannya. Baru nak bernyawa, PKP kali ini pula, giliran aset pula licin.

“T20 kalau rebah, rebah sekali anak buah. Kakitangan 30 orang. Kalau satu kakitangan tanggung isteri dan anak seorang, bermaksud rebah keseluruhan 90 orang,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Perkongsian kisah rakannya dari kelompok T20 yang terpaksa gulung tikar akibat pelaksanaan PKP.

Sehubungan itu, Muhamad Suffian berkata, tidak hairan sekiranya golongan yang membunuh diri sebahagiannya terdiri daripada pemilik perniagaan.

“Sebab pemilik perniagaan tersepit di tengah-tengah, antara diri sendiri dan pasukan. Serba salah.

“Dia nak selamat diri, dia tutup sahaja perniagaan. Duit simpanan ada tetapi kalau tutup, 90 orang akan terkesan. Kalau buka (perniagaan), tak boleh bayar gaji penuh, sebab jualan tak masuk. Kikis simpanan syarikat,” katanya.

Justeru, katanya, semua pekerja yang memiliki majikan T20 perlu bekerja bersungguh-sungguh dan menghasilkan kerja berkualiti kerana apabila majikan rebah, mereka turut sama menanggung kesannya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI