fbpx

Lebih 300,000 dos selama 5 hari berturut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pemberian dos vaksin Covid-19 melepasi angka 300,000 dos buat lima hari berturut-turut.

Kementerian Kesihatan (KKM) di laman Facebook berkata, Malaysia kini berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Tahniah kepada semua doktor, vaksinator, pengamal perubatan am, petugas kesihatan dan sukarelawan yang bertugas di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 7,222,481 orang. Daripada jumlah itu, 3,190,789 orang juga terima dos kedua. Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat 9 Julai 2021 ialah 10,750,748 dos. Sejumlah 337,478 dos pada 9 Julai,” katanya hari ini.

Menurut KKM, sebanyak 313,761 dos diberikan pada 5 Julai lalu, 340,043 dos (6 Julai), 375,842 dos (7 Julai) dan 376,909 dos pada 8 Julai.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 7,435,877 orang. Daripada jumlah itu, 3,314,871 orang juga terima dos kedua,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI