fbpx

Kon Yeow bimbang angka kes bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyuarakan kebimbangannya mengenai situasi semasa kes bunuh diri di negeri ini.

Menurut Kon Yeow, pihaknya memandang serius statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia baru-baru ini iaitu sebanyak 53 kes bunuh diri dilaporkan di negeri ini bagi tempoh Januari sehingga Mei lalu, termasuk 19 kes cubaan bunuh diri.

“Sesungguhnya angka-angka ini amat membimbangkan dan memerlukan perhatian serta pemerhatian yang serius daripada semua pihak.

“Pendedahan dan kesedaran berkaitan masalah kesihatan mental ini masih di tahap yang kurang memuaskan,” kata Kon Yeow dalam ucapannya secara dalam talian hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program pendidikan secara dalam talian, Family Link Education Program anjuran Persatuan Minda D’Home dan Someone for Each One.

Dalam pada itu, beliau berkata, masih ramai yang mempunyai stigma terhadap kesihatan mental sehingga mendiskriminasi individu yang berdepan dengan masalah itu.

“Malah ada yang melabel pesakit mental sebagai bahaya, gila, tidak boleh berdikari, kurang iman dan sebagainya yang mengakibatkan mereka semakin tersisih daripada masyarakat,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI