fbpx

Lebih 1,000 tangki sisa buangan disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 1,000 tangki berisi sisa buangan disita JAS dalam serbuan di sebuah stor haram, semalam. /FOTO IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Lebih 1,000 tangki berisi sisa buangan disita Jabatan Alam Sekitar Sabah (JAS) dalam serbuan di sebuah stor haram di Kampung Kembirian, Manggatal, dekat sini semalam.

Pengarah JAS Sabah, Amirul Aripin berkata, serbuan pukul 2.30 petang itu dijalankan hasil aduan diterima penduduk setempat berkenaan bau yang kurang menyenangkan seperti minyak diesel saban hari.

“Kita dapati terdapat lebih 1,000 unit tangki disyaki mengandungi bahan buangan berjadual disimpan dalam gudang terbabit.

“Kita menerima aduan daripada penduduk pada 26 Jun lalu yang mendakwa terpaksa berdepan bau seperti minyak diproses di kampung mereka.

“Intipan dilakukan dan mendapati memang terdapat pergerakan keluar masuk lori pada waktu malam dipercayai untuk mengaburi penduduk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melakukan serbuan untuk pemeriksaan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI