fbpx

Polis Marin rampas 780,000 batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norzaid (tengah) menunjukkan rokok seludup yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor semalam.

TUMPAT – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas sebanyak 780,000 batang rokok seludup bernilai RM585,000 selepas menjalankan serbuan di sebuah stor haram di Kampung Pulau Ular, Pengkalan Kubor di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 8.30 pagi itu, PPM turut menyita enam buah kereta, sebuah lori, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah van dan dua buah bot yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, rampasan itu dilakukan selepas menerima maklumat orang awam mengenai aktiviti penyeludupan di kawasan itu.

“Sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi untuk membuat pemantauan. Anggota PPM menyerbu stor tersebut selepas sejam melihat tiada sebarang pergerakan di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita telah menjumpai timbunan kotak-kotak rokok di kawasan tepi anak sungai di dalam stor berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norzaid memberitahu, pihaknya turut menemui beberapa buah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan stor itu yang dipercayai digunakan untuk memantau kehadiran anggota penguat kuasa

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, kesemua rokok-rokok itu dibawa masuk dari negara jiran untuk dijual di sekitar Kelantan dan negeri-negeri di kawasan pantai barat negara ini.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk semua jenis kenderaan dianggarkan berjumlah RM836,500 dan kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI