fbpx

Panduan guna saringan sampel air liur minggu depan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Perincian panduan penggunaan ujian saringan Covid-19 secara kendiri (Rapid Antigen Test) menggunakan sampel air liur akan dikeluarkan minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Noor Hisham berkata, panduan penggunaan itu akan dikeluarkan Pihak Berkuasa Alatan Perubatan (MDA).

“Dua ujian kendiri menggunakan sampel air liur telah selesai dikaji oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk saringan Covid-19.

“Kedua-dua ujian mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.

“MDA sedang memperincikan panduan penggunaan dan Insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya.

Sebelum ini, Noor Hisham memaklumkan KKM dijangka akan menggunakan ujian saringan Covid-19 secara kendiri menggunakan sampel air liur.

Beliau juga mengesahkan bahawa dua syarikat sudah dikenal pasti bagi mengeluarkan kit saringan berkenaan.

Sebelum ini juga, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah menjalankan penilaian lapangan bagi penggunaan kit saringan menggunakan sampel air liur itu.

Ketika ini, KKM masih menggunakan kaedah persampelan melalui hidung (nasopharyngeal) dan mulut (oropharyngeal) bagi mengesan kehadiran virus Covid-19 dalam badan pesakit.

Kosmo! sebelum ini melaporkan sebuah syarikat, Alif Masyhur Sdn. Bhd. (Alif Masyhur) dengan kerjasama Fjord Diagnostics Sdn. Bhd. (Alif-Fjord) muncul syarikat Malaysia pertama memperkenalkan kit saringan Covid-19 menggunakan sampel air liur.

Lebih menarik, kit ujian pengumpulan sampel air liur dikenali Fjord-Saliva itu mengandungi alat (Sediprep) untuk meningkatkan konsentrasi kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan Covid-19. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI