fbpx

Ketua Polis Daerah bantu tolak van tersangkut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Rizal (empat dari kanan) membantu menolak sebuah van polis yang tersangkut di Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mendapat perhatian penduduk kampung di Jalan Bharu di sini apabila membantu menolak van polis yang tersangkut semasa Program Op Bantu hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu berlaku sebaik seramai 20 anggota dan pegawai selesai membuat penyerahan bantuan di kediaman seorang penduduk warga emas, Yusoff Dali, 85.

Van polis yang membawa sekumpulan Skuad Aman Wanita (Amanita) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu kemudiannya terpaksa ditolak dan diangkat secara beramai-ramai.

Kamarul Rizal yang baru memulakan tugas di IPD Barat Daya berkuatkuasa 11 jun lalu turut membantu pasukannya dalam kerja-kerja menarik dan mengangkat kenderaan itu.

Tindakan beliau turut mendapat pujian anggota dan penduduk kampung berkenaan.

“Tak pernah lagi pakcik tengok pegawai polis sama-sama mengangkat dan menarik kereta sebegitu dan ini pertama kali berlaku di hadapan mata saya ketika berusia 85 tahun,” ujarnya kepada Kosmo!. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI