fbpx

Asmirandah dikecam tak ajar anak baca doa makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASMIRANDAH bersama anak kecilnya, Chloe Emmanuelle.

PELAKON terkenal Asmirandah menerima kritikan daripada netizen kerana didakwa tidak mengajar anaknya, Chloe Emmanuelle Van Wattimena yang berusia enam bulan membaca doa sebelum makan.

Dalam Instagramnya, pelakon sinetron Dari Sujud Ke Sujud itu sering berkongsi apa sahaja kegiatan bersama anaknya, termasuk ketika diberi makan.

Bagaimanapun ujar Asmirandah, dia telah menerima kiriman mesej (DM) daripada peminat yang menegurnya kerana tidak mengajarkan anak kecilnya membaca doa sebelum makan.

Mendapat komen sebegitu, aktres berusia 32 tahun itu tidak hanya berdiam diri.

Katanya, dia sudah mengajar anaknya untuk berdoa sebelum makan dan tinggal lagi perbuatan tersebut tidak dikongsikan dalam media sosial.

“Kalau sedang berdoa, saya tidak mungkin akan membuat rakaman video. Saya sudah mengajar anak saya untuk berdoa sebelum dan sesudah makan,” katanya.

Bahkan, pelakon berusia 31 tahun itu turut berpesan kepada netizen supaya tidak mencampuri urusan dan mengajarnya cara bagaimana untuk menguruskan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI