fbpx

Zii Jia waspada ancaman pemain negara Tembok Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII Jia sudah tidak sabar untuk menguji aksi pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang bermula 23 Julai ini. - AFP

PERSEORANGAN lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia nampaknya sudah tidak sabar untuk turun mempamerkan aksi terbaik menjelang Sukan Olimpik 2020 Tokyo yang dijadualkan bermula 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

Dia yang juga juara Seluruh England (All England) kini dalam persiapan fasa akhir bersama skuad negara di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Meskipun mengakui gembira untuk tampil kali pertama di pentas Olimpik, namun Zii Jia tetap khuatir mengenai perkembangan dua seteru utama dari China, Shi Yuqi dan Chen Long.

Katanya, dia langsung tidak mende­ngar khabar dua pemain negara itu sejak pandemik Covid-19, sekali gus menimbulkan persoalan tentang prestasi semasa mereka.

“Sudah tentu saya ada fikir tentang pemain perseorangan negara lain yang akan ke Olimpik nanti, terutama China kerana ini adalah kali pertama mereka turun tanpa sertai sebarang kejohanan.

“Saya tidak tahu bagaimana tahap permainan mereka sekarang. Mahu kata bimbang itu ada, tetapi saya juga sebenarnya tidak sabar untuk tahu perkembangan mereka.

“Secara jujur, aura kemena­ngan All England sebelum ini masih ada kerana itu adalah kejohanan terakhir saya. Apa yang pasti, saya akan bawa aura ini ke Tokyo nanti,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar dalam talian semalam.

Pada masa sama, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu juga enggan terlalu memikirkan sama ada dia diletakkan sebagai pemain pilihan atau tidak kerana menganggap ia mampu menghadirkan tekanan buat dirinya.

Zii Jia yang juga pemain No. 8 dunia percaya latihan bersama rakan sepelatih berpengalaman seperti Liew Daren mampu membantunya biarpun sedar Indonesia dan China menjalani latihan simulasi berintensiti tinggi.

“Ini adalah Olimpik pertama saya, jadi ia akan dijadikan sebagai medan raih pengalaman. Selain itu, saya juga akan cuba yang terbaik bagi mencatat keputusan cemerlang kerana saya tidak mahu beri tekanan kepada diri sendiri.

“Sebenarnya sudah memadai saya menjalani latihan bersama Daren dan beberapa pemain muda yang lain. Saya tahu Indonesia dan China menjalani simulasi, namun bantuan daripada pemain berpengalaman sudah cukup untuk saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI