fbpx

O’Connor tawan laluan pendakian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
O’CONNOR berjaya meraih kemenangan peringkat kesembilan pada aksi debut dalam saingan Tour de France kali ini. – AFP

TIGNES, Perancis – Pelumba AG2R Citroen, Ben O’Connor berjaya mengatasi cabaran pendakian untuk menjuarai peringkat kesembilan Tour de France (TdF) dari Cluses ke Tignes dengan jarak 144.9 kilometer (km) awal pagi semalam.

Kejayaan itu membolehkan jaguh berbasikal dari Australia tersebut kini hanya ketinggalan dua minit dan satu saat untuk mengatasi pendahulu keseluruhan TdF, Tadej Pogacar yang mewakili pasukan UAE Emirates.

O’Connor, 25, berpeluang memintas kedudukan Pogacar sebenarnya tetapi pelumba Slovenia itu berjaya melakukan pecutan saat akhir untuk memenangi jersi kuning pada peringkat tersebut.

“Ia sesuatu yang menjadi impian saya untuk beraksi kali pertama dalam pertandingan berprestij seperti ini, selain dapat memenangi peringkat perlumbaan.

“Kejayaan ini membuktikan saya sudah berjaya membalas kepercayaan yang semua orang letakkan kepada diri saya dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

“Saya berjaya mengawal pe­rasaan untuk menikmati perlumbaan ini. Saya anggap ini adalah salah satu perlumbaan ‘gila’ dalam karier saya,” katanya.

Saingan peringkat ke-10 dari Albertville ke Valence dengan jarak perlumbaan sejauh 190.7km selepas ini dijangka memberi ke­lebihan kepada Pogacar untuk muncul juara.

Bagaimanapun, pelumba berusia 22 tahun itu enggan memandang rendah kemampuan O’Connor yang mampu memberikan tentangan sengit kepada dirinya seperti dilakukan pada peringkat kesembilan perlumbaan awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI