fbpx

Nelayan dikhuatiri lemas dua bot bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kualq Muda di Penaga malam tadi. Foto IHSAN JBPM

SEBERANG PERAI – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dua buah bot bertembung di Sungai Bakau Tua, Kuala Muda, Penaga di sini tengah malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.59 tengah malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan maklumat orang awam, mereka mendakwa berlaku pelanggaran dua buah bot nelayan yang melibatkan dua mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

“Seorang mangsa dalam keadaan selamat, manakala seorang lagi masih belum ditemui,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda dan Butterworth. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI