fbpx

[VIDEO] Suasana pilu ‘mengiringi’ jenazah ke kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang tular di laman Facebook.

BENTONG – Sedih dan sayu. Rakaman video yang tular jenazah seorang wanita yang meninggal dunia akibat Covid-19 dibawa menaiki sebuah van jenazah ke tanah perkuburan di Janda Baik di sini amat menyentuh hati.

Tanpa iringan anak-anak dan saudara mara suasana pilu menyelubungi Kampung Janda Baik di Bentong sejurus pengumuman dibuat petugas barisan hadapan yang membawa jenazah berkenaan ke tanah perkuburan Islam Janda Baik di sini.

Berdasarkan video berdurasi satu minit dua saat itu menyaksikan van jenazah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh yang diiringi kereta peronda polis membawa jenazah berkenaan.

Suasana pilu mula terasa apabila petugas barisan hadapan yang membawa jenazah itu membuat pengumuman memohon maaf kerana tidak dapat singgah dan menyatakan akan terus menghantar jenazah ke tempat persinggahan terakhirnya sebelum meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah.

Ketika pengumuman itu dibuat terdengar tangisan yang dipercayai sanak saudara Allahyarhaman yang berada di tepi jalan raya berkenaan menyebabkan suasana bertambah pilu.

Dalam pada itu berdasarkan akaun Facebook Norasma Tahir menyatakan dia sempat membuat panggilan video terakhir kepada ibunya pada pukul 9.30 pagi sebelum allahyarhamah dijemput ilahi pada pukul 10.29 pagi Jumaat lalu.

“Allahu Akbar, kuatkan semangat ku untuk hari-hari mendatang, Ayah sambut dan pimpinlah tangan mak dengan penuh kasih sayang menuju ke Jannah,”katanya dalam Facebook.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI