fbpx

[VIDEO] Bungkusan jatuh daripada lori ‘berjalan’ sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan satu bungkusan berbalut plastik hitam bergerak sendiri selepas terjatuh daripada lori yang dipercayai berlaku di sebuah syarikat kurier, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Klip video menunjukkan sebuah bungkusan yang dikatakan terjatuh daripada sebuah lori kurier dan bergerak sendiri tular di platform TikTok.

Video perkongsian pemilik akaun TikTok bernama @melinaa_93 itu ditonton 456,000 kali dan mendapat ribuan komen sejak dimuat naik, semalam.

Berdasarkan video tersebut, bungkusan itu bergerak menuju ke bahagian pengumpulan bungkusan sambil diperhatikan beberapa individu dipercayai pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Rata-rata netizen cuba meneka kandungan bungkusan dan juga mengaitkan kejadian tersebut dengan kejadian mistik.

“Pernah terjadi kepada kami semasa bekerja di sebuah syarikat kurier dulu. Nampak kotak bergerak-gerak. Sekali periksa tengok jenglot,” komen pengguna bernama @Nu’oi Qismis.

“Mungkin penyedut habuk automatik yang boleh berpusing-pusing satu rumah,” ujar @ayudamansara.

“Bukalah tengok. Agaknya ada haiwan di dalam,” kata @Khairunnisa Nisa.

“Mungkin itu mainan sebab pernah terjadi pada saya. Ia terhentak kuat dan terus berfungsi sendiri,” kata seorang netizen. – K! ONLINE

@melinaa_93Macam seram macam comel ??‍♀️ ##Jnt ##Barangonline ##shopee ##lazada ##sale ##pkp2021

♬ bunyi asal – _i.rox4n4

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI