fbpx

38 hari sembuh Covid-19, Puteri Sarah teruja divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah berkongsi keterujaan apabila menerima suntikan dos pertama vaksin selepas 38 hari sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac hari ini.

“Ada tak orang yang teruja kena vaksin seperti saya selepas 38 hari positif (sudah sembuh)? Jadi hari ini saya dapat vaksin Sinovac,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama juga, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut berkongsi berita baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk individu yang pernah dijangkiti wabak tersebut.

“Saya mahu kongsikan kepada semua tentang berita baik daripada KKM. Sesiapa yang pernah positif Covid-19 dan selepas 14 hari tiada gejala serta sihat, anda kini boleh divaksin!” jelasnya.

Sehubungan itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu menggesa orang ramai yang masih belum mendapat tarikh suntikan vaksin supaya segera mengemaskini aplikasi MySejahtera mereka dan sentiasa membuat semakan.

Berdasarkan video, difahamkan Puteri Sarah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam memandangkan dia juga bertugas sebagai sukarelawan di PPV tersebut.

Terdahulu, pelakon itu disahkan positif Covid-19 pada 19 Mei lalu selepas melakukan ujian calitan sebanyak tiga kali. Ibu kepada dua cahayamata itu tidak menyangka akan dijangikiti wabak tersebut kerana tidak menunjukkan sebarang simptom yang membimbangkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI