fbpx

MAFI Prihatin bantu petugas barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAFI Prihatin bertujuan membantu golongan memerlukan dalam mendepani cabaran Covid-19.

PETALING JAYA- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyerahkan bantuan MAFI Prihatin kepada petugas barisan hadapan dan keluarga mereka di Labuan hari ini.

Penyampaian bantuan MAFI Prihatin itu diserahkan oleh Pengarah FAMA Negeri Sabah, Ribin Wahid kepada Datuk Suhaili Abdul Rahman untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Labuan.

Menurut kenyataan dikeluarkan MAFI, sebanyak 500 set sumbangan akan diagihkan kepada 27 buah kampung di seluruh Labuan antaranya Kampung Batu Arang, Kampung Batu Manikar dan Kampung Bebuloh.

“Sumbangan berbentuk hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan itu merupakan kesinambungan program MAFI Prihatin yang dilancarkan pada Januari lepas di Wisma Tani Putrajaya.

“Ia bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” katanya di sini tadi.

Sejak pelaksanaan MAFI Prihatin pada 27 Mei lalu sehingga 30 Jun 2021, seramai 17,195 orang telah menerima bantuan terdiri daripada petugas barisan hadapan, badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Pemberian sumbangan itu melibatkan 74 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 36 metrik tan makanan telah disalurkan,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI