fbpx

AirAsia Indonesia henti semua penerbangan selama sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Syarikat penerbangan AirAsia Indonesia menghentikan semua operasi penerbangannya selama sebulan bermula 6 Julai hingga 6 Ogos ini bagi menghentikan penularan virus Covid-19, lapor laman berita Suara.com semalam.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun rasmi AirAsia Indonesia sebagai sokongan kepada pemerintah negara itu yang melaksanakan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) Darurat di Jawa dan Bali bermula semalam sehingga 20 Julai ini.

“Sebagai tanda sokongan kepada pemerintah Republik Indonesia bagi mengekang penularan Covid-19 dan selaras dengan PPKM Darurat di Jawa dan Bali, AirAsia Indonesia (penerbangan QZ)  menghentikan sementara semua penerbangan berjadual bermula 6 Julai hingga 6 Ogos depan.

“Kami memahami kekecewaan penumpang namun AirAsia tetap komited bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda,” demikian tulis kenyataan rasmi syarikat penerbangan tambang rendah itu.

AirAsia menegaskan bahawa keselamatan masyarakat adalah menjadi keutamaan utama dan pemberhentian sementara bagi semua penerbangan adalah langkah terbaik.

Syarikat itu juga menawarkan pilihan penyelesaian kepada penumpang yang telah membeli tiket penerbangan bagi tempoh 6 Julai hingga 6 Ogos depan untuk mengubah tarikh penerbangan atau memohon pemulangan wang.

Peraturan PPKM Darurat juga menegaskan orang awam perlu menunjukkan kad vaksin sekiranya ingin menaiki semua kenderaan awam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI