fbpx

PLUS capai penjimatan tenaga 25 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS sentiasa menitikberatkan keselamatan pengguna di lebuh raya dan menjaga alam sekitar termasuk pengurusan air serta sisa.

PETALING JAYA – Pengendali lebuh raya terbesar di negara ini, PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) berjaya mencapai penjimatan penggunaan tenaga elektrik seba­nyak 25 peratus pada penghujung tahun lalu, bersamaan dengan 2,170 megawatt jam berbanding garis dasar syarikat pada 2016.

Ia berdasarkan Laporan Kelestarian pertama PLUS yang dikeluarkan semalam, bagi me­nunjukkan komitmen serta pencapaiannya dalam bidang kelestarian alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Pada tahun 2020, PLUS telah mendigitalkan sebanyak 170 proses kerja yang menghasilkan penjimatan sebanyak 1,300 jam dalam waktu kitaran pemproses serta merekodkan penjimatan sebanyak tiga juta helai peng­gunaan kertas.

PLUS turut komited dalam membudayakan pembelajaran berterusan demi meningkatkan keupayaan tenaga kerjanya dan berjaya melengkapkan 27,000 jam latihan secara maya kepada hampir 2,300 kakitangan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, pihak­nya menyedari peranan pen­ting yang perlu dimainkan dalam ­menyokong kerajaan merea­lisasikan visi Smart Highway of the Future serta tanggungjawab terhadap alam sekitar dan masyarakat.

“Menyedari hal ini, kami telah melaksanakan pelbagai inisiatif demi memastikan perjalanan yang lebih selamat dan selesa, di samping menjaga alam sekitar dan melaksanakan tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, antara pengiktirafan yang diterima syarikat berkaitan usaha kelestarian ialah Anugerah Tenaga Kebangsaan 2020 bagi kategori Pengurusan Tenaga Bangunan Besar serta Naib Juara Anugerah Tenaga ASEAN.

“Laporan kelestarian kami menggariskan langkah-langkah yang diambil untuk meminimumkan impak perubahan iklim bagi melindungi keselamatan pelanggan lebuh raya.

“Berpandukan kepada Pelan Hala Tuju Hijau PLUS, laporan tersebut berkongsi aspirasi kami dalam mempercepatkan usaha demi kelestarian alam sekitar, termasuk pengurusan air dan sisa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI