fbpx

Nor Zamani dilantik Ketua Pengarah Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan pelantikan Datin Seri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) baharu berkuat kuasa 22 Jun lalu.

Nor Zamani, 59, merupakan KPPM ke-18 dan merupakan wanita ketiga dilantik sebagai KPPM.

KPM dalam satu kenyataan berkata, Nor Zamani memulakan perkhidmatan dalam dunia pendidikan pada tahun 1986 sebagai Ketua Jabatan A-Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan.

Menurut kenyataan itu, dalam tempoh 35 tahun perkhidmatan, beliau juga telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM.

“Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta,” katanya di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI