fbpx

BNM terima 29 permohonan lesen bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan sebanyak 29 permohonan untuk mendapatkan lesen bank digital telah diterima setelah tempoh permohonan selama enam bulan berakhir pada 30 Jun lalu.

Menurut BNM, permohonan diterima daripada pelbagai pihak termasuk bank-bank, konglomerat industri, firma teknologi, penyedia perkhidmatan e-dagang, syarikat teknologi kewangan (fintech), koperasi dan beberapa kerajaan negeri.

“Sehingga lima lesen akan dikeluarkan dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada suku pertama tahun 2022.

“Pemohon yang berjaya dan memenuhi kesemua kriteria dijangka dapat menyumbang ke arah keterangkuman kewangan yang lebih luas dengan menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk mengurangkan jurang pasaran bagi golongan yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan serta yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan.

“Hal ini termasuk menggalakkan penggunaan penyelesaian kewangan yang sesuai dan pada kos yang berpatutan melalui penggunaan aplikasi teknologi yang inovatif,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI