fbpx

Nafas baharu feri ikonik Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi grafik mengenai feri-feri ikonik Pulau Pinang yang akan diubahsuai oleh tiga syarikat berkelayakan bagi mengekalkan warisan Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Lima buah feri ikonik Pulau Pinang yang tidak lagi digunakan bagi mengangkut penumpang dan kenderaan diserahkan kepada tiga buah syarikat yang berkelayakan hari ini untuk diubahsuai.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata, ia membabitkan Feri Talang-Talang, Feri Pulau Payar, Pulau Undan, Feri Pulau Kapas dan Feri Pulau Pinang yang dijangka dengan nafas baharu.

“Syarikat Printhero Merchandise (M) Sdn. Bhd. akan mengubahsuai feri Pulau Pinang menjadi muzium terapung di Tanjung City Marina.

“Syarikat Chuen Shin Aquaculture Sdn. Bhd. telah memperoleh hak untuk mengubahsuai feri Pulau Kapas dan feri Pulau Payar menjadi restoran terapung dan akan ditempatkan berhampiran Pulau Jerejak.

“Manakala, Syarikat Kantan Jaya memperoleh hak untuk mengubahsuai feri Pulau Undan dan Pulau Talang-Talang kepada feri pelancongan dan akan berlabuh di Swettenham Pier untuk membawa penumpang sahaja, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI