fbpx

Kereta terbang lengkapkan perjalanan antara bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta terbang AirCar sudah melengkapkan perjalanan antara bandanrnya daripada Nitra ke Bratislava -Klein Vision

BRATISLAVA, Slovakia – Kereta terbang buatan sebuah syarikat Slovakia berjaya melengkapkan perjalanan antara bandar pertamanya dari Nitra ke Bratislava sejauh 100 kilometer, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kereta dinamakan AirCar yang dicipta oleh syarikat Klein Vision itu berjaya melengkapkan perjalanan yang mengambil masa 35 minit itu pada Isnin lalu.

Kereta tersebut menggunakan enjin petrol dan memiliki enjin BMW  berkuasa 160bhp. Kenderaan itu juga memiliki sayap yang boleh terbuka dalam masa tiga minit.

AirCar dikuasakan oleh minyak petrol dan memiliki enjin BMW 160bhp – Klein Vision

AirCar kini melengkapkan ujian penerbangan selama lebih 40 jam. Menurut Klein Vision, kereta itu mampu terbang pada kelajuan 299 kilometer sejam dan mencapai ketinggian lebih 2,499 meter.

“Kereta ini merupakan permulaan untuk era pengangkutan dua cara,” kata pereka kereta tersebut, Profesor Stefan Klein.

Bos operasi Hyundai Eropah, Michael Cole telah meramalkan bahawa kereta terbang akan wujud di bandar-bandar di dunia pada akhir dekad ini.

“Kami fikir pada akhir dekad ini, kereta terbang akan menjadi jawapan kepada masalah kesesakan di bandar-bandar besar.

“Jika anda bertanya kepada saya beberapa tahun yang lalu, adakah kereta terbang adalah sesuatu yang akan saya lihat sepanjang hayat saya, saya tidak akan mempercayainya,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI