fbpx

SME Bank sedia dana RM200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – SME Bank akan memperuntukkan dana sebanyak RM200 juta di bawah Pembiayaan Padanan Geran Pemerkasa bagi membantu usahawan daripada sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) terutamanya dalam bidang pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pembinaan yang masih terkesan akibat pandemik Covid-19.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, sektor 3D adalah antara sektor yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada institusi kewangan kerana operasi mereka terjejas sejak perintah kawalan perge­rakan dilaksanakan tahun lepas.

Menurut beliau, Pembiayaan Padanan Geran Pemerkasa ini akan membolehkan usahawan mendapat pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh maksimum 10 tahun dengan kadar keuntungan antara empat peratus hingga lima peratus setahun.

“Untuk setiap pembiayaan yang diluluskan, Kementerian Kewangan akan memberikan padanan geran sehingga maksimum 20 peratus daripada nilai pembiayaan yang diberikan.

“Ini akan membolehkan usahawan PKS membeli me­sin, meningkatkan adaptasi teknologi dalam perniagaan dan membantu dalam mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI