fbpx

Lelaki bogel didenda selepas sesat dikejar rusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki tersebut sedang berjemur di tepi sebuah pantai terpencil sebelum lari lintang-pukang ke dalam hutan di Taman Negara Diraja, Sydney. - AFP

SYDNEY, AUSTRALIA – Dua lelaki di Australia melalui hari yang malang apabila mereka tersesat di hutan dalam keadaan bogel selepas dikejar seekor rusa sebelum didenda kerana melanggar sekatan Covid-19, lapor portal berita NDTV kelmarin.

Polis berkata, mereka sedang berjemur di tepi sebuah pantai terpencil di selatan Sydney pada minggu ini sebelum lari lintang-pukang ke dalam hutan di Taman Negara Diraja apabila dikejar seekor rusa yang muncul secara tiba-tiba.

Polis dan perkhidmatan kecemasan kemudian melancarkan operasi mencari dan menyelamat di darat dan udara selepas kedua-dua lelaki itu menghubungi pihak berkuasa kerana sesat hingga waktu malam.

Hasil pencarian menemui seorang lelaki berumur 30 tahun dalam keadaan berbogel bersama sebuah beg galas di satu lokasi trek pejalan kaki.

Seorang lagi lelaki yang berumur 49 tahun dijumpai tidak lama kemudian dalam keadaan separuh bogel.

“Sukar untuk menguatkuasakan undang-undang terhadap orang bodoh.

“Apabila mereka meletakkan orang lain dalam bahaya dengan bertindak keluar rumah tanpa alasan kukuh, dan kemudian sesat di dalam hutan sekali gus mengganggu operasi kesihatan pihak berkuasa, saya rasa mereka patut berasa malu,” kata  Pesuruhjaya Polis Negeri New South Wales, Mick Fuller. 

Kedua-dua lelaki tersebut didenda sebanyak AS$760 (RM3,156) kerana melanggar arahan duduk di rumah dengan bertindak keluar dari bandar Sydney yang ketika ini dikenakan perintah berkurung koronavirus.

Mereka ialah antara 40 individu yang didenda kerana melanggar peraturan kesihatan di New South Wales pada Ahad lepas, kata polis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN