fbpx

Tok Pa, empat individu disiasat kes langgar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Mustapa (dua dari kiri) sedang menikmati hidangan di sebuah kafe di Jeli yang tular di media sosial.

JELI – Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika hadir di sebuah kafe di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, pihaknya telah memanggil pemilik kafe tersebut dan tiga lagi individu untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

“Polis telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sama ada berlaku pelanggaran SOP ketika PKP yang dilaksanakan ketika ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, beberapa keping gambar Mustapa atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa tular di media sosial apabila beliau didapati telah menikmati hidangan sewaktu mengadakan lawatan di sebuah kafe di sini, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli mengakui telah dihidangkan makanan di kafe tersebut dan memohon maaf atas pelanggaran SOP selain menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kes tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI