fbpx
Komet baharu ini ini dikenali sebagai Komet C - Getty Images I

Komet gergasi menuju sistem suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARRISBURG, Pennsylvania – Sekumpulan ahli astronomi mengesan  objek misteri selebar  99 kilometer (km)  yang dalam perjalanan menuju ke sistem suria sebagai komet, lapor akhbar Daily Star  kelmarin.

Objek asing itu diklasifikasikan sebagai komet pada Rabu lalu, seminggu selepas pertama kali dilihat sebagai titik kecil yang bergerak dalam gambar balai dirakam menggunakan peralatan  Dark Energy Camera di Balai Cerap  Cerro Tololo Inter-American, Chile.

Komet  itu  sangat besar sehingga pakar-pakar astronomi sebelum ini menganggap ia adalah sebuah planet kecil.

Objek angkasa lepas itu sekarang akan  dikenali sebagai Komet C / 2014 UN271 atau Bernardinelli-Bernstein sempena nama individu yang menemuinya iaitu pelajar siswazah dari Universiti Pennsylvania, Pedro Bernardinelli dan ahli astronomi, Gary Bernstein.

Jarak Komet C dianggarkan paling jauh di sistem suria sekitar setengah tahun cahaya dari Matahari.

Komet  jangka masa panjang mengambil masa  lebih 200 tahun untuk melengkapkan  orbit mengelilingi Matahari tetapi komet ini memerlukan masa 600,000 tahun untuk berbuat demikian.

“Kami mempunyai masa selama 20 tahun untuk mempelajarinya,” kata ahli astronomi di Pusat Astrofizik Harvard & Smithsonian dan di Pusat Planet Minor, Peter Vereš, yang mengenal pasti dan mengira orbit untuk komet baharu, planet kecil dan objek-objek berbatu.

Komet itu mungkin berasal  dari Awan Oort Cloud  iaitu sebuah medan dipenuhi objek  berbatu yang berais dan mengelilingi sistem suria seperti cengkerang rapuh. – Agensi

POPULAR