fbpx

Varian Delta perlu lima saat untuk berjangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menunggu giliran di sebuah hospital di Cangkerang, Jakarta, Rabu lalu. -Liputan6.com

JAKARTA – Pengarah Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Menular, Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata bahawa varian Delta Covid-19 boleh menular dalam masa beberapa saat sahaja, lapor laman berita Liputan 6 semalam.

Menurut maklumat daripada kerajaan Australia, varian itu yang juga dikenali sebagai B16172 boleh menular antara lima hingga 15 saat.

“Maklumat yang diperoleh daripada Australia mendapati varian itu boleh menular dalam masa lima hingga 15 saat tanpa pemakaian pelitup muka,” kata Siti Nadia.

Siti Nadia berkata, varian itu menular enam kali ganda lebih tinggi berbanding varian Alfa atau B117. Varian Alfa menular dalam masa 15 hingga 20 minit.

Siti Nadia memaklumkan sehingga 22 Jun lalu, jangkitan varian Delta di Indonesia adalah sebanyak 254 kes dan ia meningkat secara signifikan berbanding data yang diperoleh pada 20 Jun lalu yang mencatatkan 160  jangkitan melibatkan varian itu.

254 kes varian itu sudah tersebar di sembilan daerah di Indonesia dengan Jakarta mencatatkan jumlah kes tertinggi bagi varian itu iaitu sebanyak  96 kes.

Ketua Dewan Ikatan Doktor Indonesia, Profesor  Zubairi Djoerban berkata, jika dilihat secara global, varian Delta sememangnya menyebabkan kenaikan jumlah kes yang tinggi.

Namun, sebahagian besar vaksin yang digunakan kini masih berkesan untuk melawan varian itu.

“Berita baiknya adalah vaksin yang digunakan boleh melawan varian Delta ini,” katanya. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI