fbpx

PKPD Kampung Segambut, Jalan Kubur bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kampung Segambut Dalam di Segambut dan Jalan Kubur di Pantai Dalam di ibu negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok sehingga 9 Julai 2021.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diambil berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan berlaku peningkatan ketara kes positif Covid-19 dalam masa yang singkat di kawasan berkenaan.

“Sebanyak 78 kes positif direkodkan daripada 646 saringan di Kampung Segambut, manakala sebanyak 53 kes positif dilaporkan hasil ujian saringan ke atas 79 orang di Jalan Kubur.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penduduk terlibat dan seterusnya mengekang penularan Covid-19 ke kawasan lain,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI