fbpx

Parlimen dijangka bersidang akhir Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Parlimen dijangka boleh bersidang secara hibrid sekitar akhir Ogos ini atau selewat-lewatnya minggu pertama September 2021.

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan bersama hari ini.

“Ia berikutan beberapa persiapan daripada aspek perundangan, pentadbiran, teknikal, perolehan bekalan serta latihan perlu diperkemaskan terlebih dahulu.

“Ia bagi memastikan pelaksanaanya berjalan dengan lancar. Hal persiapan ini telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis semalam dan telah mendapat kerjasama serta galakan yang amat baik,” kata mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI