fbpx

RM240juta dieksploitasi bapa, kembalikan hidup saya – Britney Spears

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRITNEY mendakwa Jimmie telah 'mengeksploitasi' segala kekayaannya.

PENYANYI Britney Spears menerima sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakan-rakan artis Hollywood selepas bertindak memohon mahkamah menamatkan konservatori yang dikenakan ke atas dirinya sejak 13 tahun lalu.

Konservatori yang dimaksudkan ialah sekatan terhadap dirinya yang dikatakan tidak waras atau siuman untuk menguruskan hartanya dianggarkan bernilai lebih AS$60 juta (RM240 juta).

Sejak 13 tahun lalu, bapanya, Jimmie Spears dikatakan telah ‘mengeksploitasi’ segala kekayaan Britney.

“Saya cuma mahu hidup saya kembali dan sudah 13 tahun semua ini berlaku. Cukuplah,” katanya dalam nada sedikit bergetar seperti dilaporkan NBC News.

“Saya hidup dalam penafian, saya terkejut dan saya hidup dalam trauma,” katanya lagi.

Ramai rakan selebriti menyuarakan sokongan terhadap pelantun lagu Toxic itu termasuk bekas teman lelakinya, Justin Timberlake.

“Selepas apa yang kita dah tengok hari ini (Rabu), kita semua perlu bersatu menyokong Britney waktu ini.

“Tidak kira sejarah lepas, baik atau buruk dan tak kira betapa lama telah berlalu, apa yang berlaku kepadanya memang tidak adil.

“Tiada wanita perlu disekat daripada buat keputusan berkaitan dirinya sendiri,” ciap Justin Timberlake dalam Twitter.

Selebriti lain yang lantang memberi sokongan termasuklah Halsey, Mariah Carey, Khloe Kardashian dan ramai lagi.

Mariah Carey pula memuat naik ciapan berbunyi: “Kami sayang anda, Britney! Teruskan kuat!.”

Sejak 2008, bapa Britney, Jamie telah dinamakan sebagai konservator selepas banyak siri ‘kegagalan’ Britney menguruskan diri sendiri yang ditangkap lensa paparazzi.

Dengan ‘tanggungjawab’ yang diamanahkan mahkamah, Jamie dengan sewenang-wenangnya diberikan ‘gaji goyang kaki’ bulanan AS$16,000 (RM64,000) hasil perniagaan hartanah anaknya, termasuk AS$ 2,000 (RM8,000) sebulan daripada sewa tapak rumah pejabat.

Bukan itu sahaja, Jamie turut bersuka-ria dengan bayaran peratusan kontrak bisnes termasuk juga potongan bayaran persembahan The Las Vegas Residency yang cukup sinonim dengan bintang diberikan jolokan puteri pop itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI