fbpx

Restoran terima wang Monopoly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik perniagaan boleh menempah slot pada papan permainan Monopoly bagi membolehkan nama premis mereka berada pada papan permainan tersebut. – Hasbro

WORCESTER, MASSACHUSETTS – Sebuah restoran di Massachusetts, Amerika Syarikat menerima wang Monopoly untuk urus niaga hari ini (Khamis) sebagai kempen untuk membolehkan nama restoran terpapar pada papan permainan tersebut, lapor laman berita Newsweek.

Menerusi kempen khas permainan Monopoly edisi Worcester, pemilik perniagaan yang ingin menempah slot pada papan permainan tersebut perlu mendapat undian penduduk setempat.

Justeru, pemilik restoran Ralph’s Tavern, Scot Bove mengadakan kempen urus niaga menggunakan wang palsu Monopoly selama dua jam bermula pukul 4 petang (waktu tempatan) untuk pembelian hot dog dan minuman Jell-O tanpa alkohol.

“Idea ini disuarakan oleh seorang pekerja dan pada asalnya, saya agak keberatan untuk melakukannya kerana ia kedengaran tidak masuk akal.

“Bagaimanapun, semua orang menganggap idea itu agak menarik. Jadi, saya melakukannya dan kempen tersebut ternyata menjadi berita sensasi di sekitar Worcester,” ujarnya.

Sebuah syarikat Britain, Top Trumps USA, telah membeli lesen global bagi menghasilkan permainan-permainan Monopoli bertemakan kawasan setempat.

Dua edisi khas lokasi setempat dihasilkan setakat ini iaitu edisi Cambridge dan Greenwich di England.

Sementara itu, jurucakap Dewan Perniagaan Daerah  Worcester, Dominique Goyette-Connerty berkata,  penggunaan nama premis tempatan pada papan permainan Monopoly menjadi kebanggaan kepada bukan sahaja komuniti perniagaan, malah penduduk setempat.

“Jika pemilik perniagaan mendapat tempat pada papan permainan itu, nama restoran anda akan berada di situ dan di dalam kabinet atau ruang tamu mana-mana keluarga dalam tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.

Penduduk yang ingin mengundi premis perniagaan boleh menghantar e-mel kepada Top Trumps USA dan undian dibuka hingga esok (25 Jun). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI