fbpx

Lelaki campak kucing ke sungai dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki membawa kucing yang diletakkkan dalam beg plastik sebelum mencampakkannya ke dalam sungai.

PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki mencampak seekor kucing yang telah disumbat ke dalam sebuah beg plastik ke dalam sungai mengundang kecaman hebat di laman sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah perkampungan di Betong, Sarawak, namun tarikh sebenar kejadian tidak dinyatakan.

Menurut Animal Malaysia, perbuatan tersebut boleh menyebabkan haiwan itu terdedah kepada bahaya dibaham buaya atau mati lemas.

“Masyarakat Betong digesa kenal pasti pelaku dan laporkan kepada pihak berkuasa. Sarawak negeri autonomi mempunyai Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 untuk mendakwa penjenayah haiwan.

“Jangan beri peluang kepada penjenayah kezaliman haiwan hidup bebas. Mereka perlu dijejak, ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara,” katanya di laman Facebook hari ini.

Jelas Animal Malaysia, Akta Kebajikan Haiwan 2015, Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (Sabah & Sarawak) perlu pindaan dengan memasukkan hukuman sebatan terhadap penjenayah haiwan.

Sementara itu, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Sampai hati buang macam tu je apa salah kucing tu?,” soal Jasmon Jas di ruangan komen.

Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan kenapa perakam video tersebut tidak menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan seolah-olah turut bersubahat dengan pelaku.

“Yang ambil video tu kenapa tidak halang dan minta kucing tu? Kucing tu tak tau apa2 tapi boleh pula dilakukan macam itu, sedih betul,” kata Aliceson Linda.

Sehingga pukul 6 petang tadi, klip video berdurasi lebih 8,500 kali dan dikongsi lebih 307 kali.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI