fbpx

Haris Ismail kongsi tips tidak mudah lupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video perkongsian tips oleh Haris.

PETALING JAYA – Semakin aktif dalam media sosial, pendakwah bebas, Haris Ismail mencuri tumpuan ramai hari ini apabila berkongsi tips agar tidak mudah lupa selepas mempelajari sesuatu ilmu.

Perkongsian tersebut dilakukan suami kepada selebriti berniqab popular, Neelofa itu selepas seorang netizen meminta dia berkongsi tips atau petua berkaitan isu mudah lupa.

“Ada tips tak untuk tidak mudah lupa,” tanya seorang pengikut Instagramnya.

Memenuhi permintaan tersebut, bekas peserta program Pencetus Ummah itu berkongsi tiga tips kepada pengikut akaun Instagram dan TikToknya.

“Pertama, mesti faham apa yang dibaca dan kedua, ulang banyak kali, lebih banyak lagi bagus manakala yang terkahir, Tasmi’ (Minta rakan cek bacaan),” kongsinya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Haris kerana berkongsi ilmu yang sangat berguna.

Bahkan, terdapat juga netizen yang meminta Haris akan lebih kerap berkongsi pelbagai jenis tips lain selepas ini.

“Perkongsiaan yang sangat bermanfaat, terima kasih ustaz,” puji seorang netizen.

“Nak tips murah rezeki pula,” minta seorang lagi pengikut TikToknya.

Sebelum ini, dia juga pernah berkongsi tips lain seperti cara menlakukan pembentangan projek kepada pelajar sekolah dan universiti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN