fbpx

Tiada kenaikan harga tepung gandum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPDNHEP menegaskan tiada kenaikan harga tepung gandum tanpa subsidi membabitkan pek 1kg dan 25kg. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek 1 kilogram (kg) dan 25kg sekali gus menolak dakwaan kononnya harga barangan ke­perluan asas itu akan dinaikkan pada 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sehingga kini pihaknya hanya menerima satu permohonan daripada pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi pek 1kg dan 25kg.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak memberikan kelulusan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum tanpa subsidi tersebut.

Menurutnya, berdasarkan syarat khas lesen mengilang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, semua pengilang tepung hendaklah mendapatkan kebenaran Pengawal Bekalan sebelum menaikkan harga jualan tepung gandum.

“Oleh yang demikian, dakwaan kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai ini adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan kepada Kosmo! semalam.

Alexander

Sementara itu, Alexander menegaskan bahawa harga tepung gandum bersubsidi masih dijual pada harga RM1.35 bagi paket 1kg seperti yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Tiada kenaikan harga tepung gandum bersubsidi sebaliknya harga masih kekal RM1.35 sepaket 1kg,” katanya.

Untuk rekod, terdapat 11 buah pengilang di negara ini yang mengeluarkan enam jenis tepung bersubsidi pelbagai jenama mengikut kilang masing-masing.

Terdahulu, satu mesej berhubung dakwaan harga tepung akan dinaikkan berkuat kuasa 1 Julai ini tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Mesej itu mendakwa harga tepung paket 25kg akan meningkat RM3 sepaket, manakala harga tepung sekarton meningkat RM2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI