fbpx

Rossa rugi RM300,000 gara-gara positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rossa - Robin Alfian Photography

JAKARTA – Penyanyi popular Indonesia, Rossa mendedahkan pernah menanggung kerugian 1 bilion rupiah (RM288, 234) apabila terpaksa menjalani kuarantin kendiri semasa dijangkiti Covid-19, baru-baru ini.

Menurut laporan Suara.com semalam, Rossa dijangkiti Covid-19 ketika menjalani ujian calitan sebelum mengadakan persembahan di Surabaya, Jawa Timur.

Menurut Rossa, dia menjalani proses kuarantin selama dua minggu dan berdepan kerugian hampir RM300,000 kerana terpaksa menolak banyak tawaran persembahan.

“Jadual persembahan sehingga kini hanya satu per tiga daripada kebiasaan sebelum pandemik bermula.

“Ketika saya dijangkiti Covid-19, banyak wang deposit yang terpaksa dipulangkan dan menyebabkan kerugian yang besar,” jelasnya.

Tambah Rossa, dia akan mengadakan ujian Covid-19 pada setiap minggu berikutan tuntutan kerjayanya terutama sebagai juri di program realiti, Indonesia Idol. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI