fbpx

SPRM Sabah tahan tiga individu terbabit sindiket perjudian online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas membabitkan penahanan tiga individu dipercayai terbabit aktiviti perjudian online di Tawau.

TAWAU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu dipercayai terbabit dalam sindiket perjudian online dalam serbuan di sebuah premis dekat pusat bandar Tawau semalam.

Seorang lelaki dipercayai ketua sindiket berkenaan bersama dua wanita masing-masing berumur antara 23 hingga 57 tahun berjaya ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian haram.

Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, turut dirampas sejumlah wang tunai berjumlah kira-kira RM40,000 selain menyita akaun berjumlah lebih RM300,000 membabitkan empat akaun bank milik suspek dipercayai hasil kegiatan aktiviti haram berkenaan.

Suspek lelaki tempatan berkenaan juga disyaki membayar wang rasuah kepada beberapa anggota agensi penguatkuasa di sekitar daerah ini untuk melindungi kegiatan judi haram yang dijalankannya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

S Karunanithy berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001.

“Kita juga melaksanakan Perintah Pembekuaan Akaun di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) milik suspek.

“Permohonan reman keatas semua suspek akan dibuat di Mahkamah Tawau hari ini  bagi membantu siasatan dan beberapa siri tangkapan susulan akan dijalankan,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI