fbpx

Trak langgar peserta perarakan gay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan orang ramai membantu mangsa kemalangan yang dilanggar oleh trak pikap ketika perarakan Pride diadakan kelmarin. – AFP

WASHINGTON – Seorang lelaki terbunuh dan seorang lagi cedera dalam apa yang disifatkan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sebagai ‘kemalangan tragis’ semasa satu perarakan gay di Florida apabila seorang pemandu trak pikap secara tidak sengaja memecut kenderaannya sehingga melanggar pejalan kaki.

Insiden berlaku semasa permulaan perarakan dan festival Wilton Manors Stonewall Pride Parade pada Sabtu lepas di sebuah bandar dekat Fort Lauderdale. Kemalangan itu mencetuskan kekeliruan sama ada ia adalah kejadian yang disengajakan. 

Polis Fort Lauderdale mengumumkan kelmarin bahawa pemandu berusia  77 tahun itu merupakan peserta pada festival tersebut. Dia terpilih untuk memandu pikap kerana mengalami masalah kesihatan yang menghalangnya berjalan kaki semasa perarakan diadakan. 

Trak berwarna putih mula bergerak semasa perarakan bermula tetapi tiba-tiba memecut dan melanggar dua pejalan kaki sebelum merempuh pagar berdekatan, kata polis dalam satu kenyataan.

Semua yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan ahli kelab nyanyian gay Fort Lauderdale, ujar polis sambil menambah, pemandu tersebut memberikan kerjasama kepada polis.

Dua lelaki dewasa yang dilanggar dibawa ke sebuah pusat perubatan di mana seorang meninggal dunia tidak lama kemudian, demikian menurut kenyataan sama. Seorang lagi mangsa masih dirawat dan dijangka selamat.

“Kami tahu kemalangan pada Sabtu lepas adalah tragedi dan bukan perbuatan jenayah yang menyasarkan sesiapa sama ada kumpulan atau individu,” kata Jabatan Polis Walton Manors dalam satu kenyataan berasingan.

Terdahulu , Datuk Bandar Fort Lauderdale, Dean Trantalis yang berada di lokasi kejadian memberitahu badan penyiaran tempatan bahawa kemalangan tersebut disengajakan. – AFP                  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN