fbpx

‘Food Panda Comel’ jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok yang memaparkan adik Umairah yang sedang menghantar makanan menjadi tular di media sosial.

PETALING JAYA – Kehadiran klip video penghantar makanan ‘Food Panda comel’ di laman sosial sejak semalam mendapat perhatian ramai natizen.

Video melalui aplikasi TikTok yang dikongsi oleh Zulizzmer berdurasi 47 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun menghantar makanan di sebuah rumah di kejiranannya.

Namun lokasi sebenar video tersebut dirakam tidak dinyatakan, namun telatah comel kanak-kanak tersebut dengan menghantar makanan yang dipercayai disediakan ibunya dengan basikal berwarna merah jambu cukup menghiburkan warganet.

Berdasarkan kepada video tersebut, kanak-kanak perempuan itu membantu ibunya dengan menghantar makanan yang ditempah oleh jiran sekitar bagi menghadapi tempoh sukar perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika ini.

“Food Panda comel sudah sampai, saya selalu bagi wang lebih pada Umairah. Dia marah kalau saya panggil dia Umai, saya ‘support’ perniagaan ibu Umairah,” jelasnya.

Dalam pada itu, ramai warganet yang berpesan agar kanak-kanak perempuan tersebut berhati-hati ketika menghantar makanan di kawasan perumahanya keran bimbang tentang keselamatannya.

Seorang warganet yang menggunakan akaun bernama Sofia Lee berkata, agar Allah melindungi Umairah dan berdoa agar kanak-kanak tersebut dimurahkan rezeki.

“Ya Allah, semoga adik umairah murah rezeki..tapi mak tolong perhatikan dan jangan amalkan selalu, bahaya untuk anak pempuan sekecil ini bekerja..banyak kes Kita tahu.

“Berjaga-jaga sebelum terjadi wahai ibu. Menangis tak berlagu tak berguna. Apa-apapun kami doa semoga adik dibawah lindungan Allah selalu,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI