fbpx

38 ditangkap berkumpul dan berlumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan individu berlumba dan berkumpul yang ditangkap polis.

KLANG – Polis menahan 38 individu termasuk remaja kerana berkumpul dan berlumba haram di Lebuh Raya Selat Klang Utara di sini semalam.

Kesemua suspek berusia 16 hingga 25 tahun ditangkap dalam operasi bermula pukul 5 petang hingga 10 malam dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati 12 remaja yang ditahan dalam kumpulan tersebut berlumba haram dan selebihnya adalah menyaksikannya.

Difahamkan kumpulan remaja itu berlumba secara suka-suka dan tiada ganjaran diletakkan bagi pemenangnya.

“Kita turut menyita 24 buah motosikal dan mengeluarkan 92 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalulintas.

“Kesemua suspek juga dikenakan kompaun kerana kesalahan berkumpul di tempat awam untuk berlumba haram dan tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 42 dan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI