fbpx

Maqis Kelantan serah 1.5 tan ayam kepada Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roslan (tengah) menyerahkan keratan ayam sejuk beku yang telah dilucut hak kepada wakil Zoo Negara di pejabat Maqis Rantau Panjang hari ini. FOTO : Ihsan Maqis Kelantan

RANTAU PANJANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan menyerahkan sebanyak 1.5 tan keratan ayam sejuk beku kepada Zoo Negara untuk dijadikan sebagai bekalan makanan kepada haiwan di situ.

Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At berkata, kesemua bahan mentah bernilai RM15,000 itu telah dilucutkan hak sebelum diserahkan kepada pihak berkenaan.

Menurutnya, serahan itu bagi memastikan bekalan makanan hidupan yang berada di Zoo Negara sentiasa mencukupi.

“Selain Zoo Negara, kami turut menyerahkan sebanyak 500 kilogram keratan ayam sejuk beku bernilai RM5,000 kepada pihak Penjara Penor, Pahang.

“Penyerahan ini bagi memenuhi keperluan bekalan bahan mentah untuk dijadikan makanan ternakan ikan keli di bawah program rehabilitasi banduan di Jabatan Penjara Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Roslan memberitahu, kesemua serahan itu adalah daripada hasil sitaan barang pertanian import yang telah melalui proses lucut hak di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI