fbpx

Seluar pendek Luna Maya berharga ribuan ringgit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seluar pendek yang dipakai Luna Maya merupakan daripada koleksi fesyen mewah rekaan pereka fesyen antarabangsa, Stella McCartney. – Instagram @fashion.lunamaya

JAKARTA – Model, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Luna Maya menjadi perhatian netizen baru-baru ini kerana memakai seluar pendek yang berharga 11.2 juta rupiah (RM3,200), lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, dia sedang duduk di tepi sebuah kolam renang dengan memakai sehelai seluar pendek bercorak bunga.

Seluar itu dipadankan dengan baju berwarna putih yang mendedahkan bahagian bahunya.

Model seksi itu kemudiannya mendedahkan bahawa seluar itu merupakan koleksi fesyen mewah rekaan pereka fesyen antarabangsa, Stella McCartney.

Meskipun harganya dianggap terlalu mahal untuk sehelai seluar pendek, penampilan Luna Maya dipuji netizen kerana kelihatan cantik dan sesuai dengan imejnya.

Selebriti itu sebelum ini sering mengenakan busana daripada pelbagai jenama fesyen mewah dengan harga yang mahal.

Bagaimanapun, kebelakangan ini, juri progam Maharaja Lawak Mega itu mengakui dia lebih bersederhana dalam memilih jenama fesyen, terutamanya ketika berdepan dengan situasi pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, saya sering mahukan barangan yang diperbuat daripada kulit buaya, jenama tertentu dan pelbagai lagi.

“Kesemua itu amat bagus untuk dimiliki, namun situasi sekarang telah berubah dan saya hanya memakai apa sahaja seadanya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI