fbpx

Dialog Pisau Cukur gamit kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Fazura yang mengundang tarikan sehingga ditonton sebanyak 1.3 juta tontonan.

MESKIPUN sudah lebih 10 tahun filem Pisau Cukur diterbitkan, naskhah arahan Bernard Chauly masih lagi menjadi pilihan penggemar filem tanah air.

Baru-baru ini, beberapa babak dan dialog dalam filem tersebut tular dalam media sosial termasuk TikTok.

Antaranya, dialog yang berbunyi: “Kalau bukan perempuan s**l tu” dan “saya nak kahwin dengan Tan Sri cikgu.”

Paling menarik perhatian, pelakon utamanya, Fazura turut melakonkan semula babak tersebut dengan dialog berkenaan dalam TikTok. Sehingga kini, video lakon semula oleh isteri Fattah Amin itu mendapat 1.3 juta tontonan dan lebih 130,000 tanda suka daripada pengguna TikTok.

Disebabkan video tersebut juga, peminat meluahkan hasrat untuk melihat Fazura kembali ke layar perak dengan melakonkan watak seperti Intan Mastura.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI