PETALING JAYA – Sejak April 2020 sehingga Disember 2021, Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC) telah memberi jaminan sebanyak RM10 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak bulan April hingga Disember 2020.
Pengerusinya, Datuk Mohammed Hussein berkata, usaha iniĀ bertujuan untuk membantu kebolehupayaan dan pemulihan perniagaan bagi kumpulan PKS yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.
Ā āKita sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19, dan ini telah membawa kepada penutupan penuh atau total lockdown. Beberapa bulan yang akan datang bakal membawa pelbagai cabaran untuk keseluruhan sektor PKS.
āDalam berdepan dengan suasana yang mencabar ini, kami akan memainkan peranan untuk menyokong kemampanan dan pemulihan PKS,ā katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena mesyuarat agung tahunan CGC secara maya semalam.

Selaini itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Zamree Mohd. Ishak menjelaskan, di sebalik landskap ekonomi yang mencabar pada tahun 2020, CGC telah mencatat prestasi yang baik.Ā
āIni didorong oleh matlamat CGC untuk membantu PKS dengan lebih baik melalui produk dan perkhidmatan yang inovatif, bagi memenuhi keperluan mereka di pelbagai peringkat perniagaan.
āPandemik Covid-19 dan krisis ekonomi yang meyusul mengakibatkan keuntungan bersih CGC berkurang sebanyak RM106.8 juta (49.6%) kepada RM108.5 juta pada tahun 2020 berbanding RM215.3 juta tahun sebelumnya,ā jelas beliau.
















