fbpx

Telefon pintar sumbangan YTL tetap berguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Contoh telefon pintar jenama YES pemberian YTL.

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad menyifatkan pemberian telefon pintar jenama YES secara percuma oleh Yayasan YTL kepada pelajar miskin di negeri lebih baik ada daripada tiada.

Saarani berkata, telefon pintar berkenaan sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar yang tidak berkemampuan memiliki peranti berkenaan untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Saya tidak pasti apa punca ada orang pertikai sumbangan percuma oleh Yayasan YTL ini kerana bila susah orang sedekah apa pun kita terima dan kita tidak boleh demand (meminta lebih).

“Lebih baik ada daripada tiada, kerana kalau tidak ada sumbangan YTL bermakna ribuan anak-anak golongan B40 di Perak yang tiada peranti tidak ada telefon untuk mereka ikuti PdPR,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar secara atas talian hari ini.

Tambahanya, pemberian telefon pintar tersebut juga bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar miskin dan susah di Perak tidak tercicir.

“Jadi saya nasihatkan sekali lagi daripada tiada lebih baik ada dan gunakan apa yang ada dan Insya-Allah kemudahan lain akan datang kemudian,” katanya.

Menurut Saarani, pihaknya sudah dimaklumkan awal berkenaan spefikasi telefon pintar berkenaan yang mempunyai 1GB Memori Akses Rawak (RAM) dan 8GB memori ketika ia ditunjukan semasa mesyuarat kerajaan negeri sebelum ini.

“Selepas pihak Yayasan YTL memaklumkan untuk menyumbangkan 20,000 buah telefon pintar jenama YES kepada pelajar miskin dan susah, kerajaan negeri telah memanggil mereka untuk beri taklimat semasa mesyuarat kerajaan negeri.

“Masa taklimat mereka tunjukan contoh model itu dan dalam pengetahuan kami telefon itu ada kemudahan 1GB RAM dan 8GB memori yang mana mencukupi bagi PdPR,” katanya yang turut mengalu-alukan sebarang sumbangan luar kepada kerajaan negeri untuk manfaat pendidikan.

Terdahulu tular di media sosial selepas salah sebuah akhbar tempatan mendakwa kerajaan Perak mengaku telefon pintar yang diberi di bawah inisiatif Tuisyen Cikgu Saarani adalah berkualiti rendah hingga mendatangkan kecaman netizen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI