fbpx

Raya Airways beroperasi di Nanning

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendaratan pertama pesawat Raya Airways di Nanning yang membuka lembaran baharu Kumpulan untuk mengembangkan rangkaian destinasinya ke rantau Asia Pasifik.

PETALING JAYA – Raya Airways Sdn. Bhd. (Raya Airways) menjadi syarikat penyedia perkhidmatan kargo pertama Malaysia yang te­lah beroperasi di Nanning, China.

Pengarah Urusan Kumpulan, Mohamad Najib Ishak berkata, ini merupakan salah satu usahanya untuk mengembangkan rang­kaian destinasinya dalam pasaran Asia Pasifik.

Menurut beliau, penerbangan Raya Airways ke Nanning adalah sebanyak empat kali seminggu dengan kapasiti maksimum sebanyak 40 tan menggunakan pesawat Boeing 767-200F.

Laluan baharu ini akan ­mengangkut barangan e-dagang rentas sempadan, produk pengguna termasuk barangan yang mudah rosak.

“Kami teruja untuk mengembangkan perkhidmatan logistik ke China yang merupakan salah satu pasaran kargo udara terbesar dan terpantas di dunia.

“Melalui Nanning yang menjadi pintu masuk ke pasaran ASEAN seiring dengan pertambahan penghantaran barangan e-dagang rentas sempadan dari China ke pasaran Asia Tenggara, laluan baharu ini akan menawarkan peluang kepada Kumpulan untuk meluaskan asas rangkaian serta meningkatkan lagi perkhidmatan sedia ada,” katanya dalam ­kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Mohamad menjelaskan, misi Kumpulan adalah untuk ­mengukuhkan hubungan dan menawarkan pilihan terbaik kepada pelanggan.

“Sejak pandemik Covid-19, industri pengangkutan udara menjadi keutamaan dan sehubungan itu, kami mahu berkembang ke pasaran baharu.

“Kami sedang mencari peluang untuk memperkenalkan lebih banyak laluan baharu pada bulan-bulan akan datang memandangkan kami sedang me­ningkatkan rangkaian destinasi yang saling berkaitan bagi menyokong perniagaan,” ujarnya.

Syarikat penerbangan itu menyasarkan untuk mengembangkan rangkaian kepada lebih banyak destinasi dalam lingkungan Asia Pasifik termasuk di China dan negara lain menjelang akhir tahun ini.

Raya Airways menghubungkan dan mengendalikan perkhidmatan kargo udara ke hab utama seperti China, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Hong Kong, sementara penerbangan domestik ke Sabah serta Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI