fbpx

Boustead Properties sedia RM18 juta untuk pengecualian, rebat sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beban kewangan peniaga dan penyewa di pusat beli-belah The Curve dapat diringankan melalui bantuan daripada Boustead Properties.

PETALING JAYA – Boustead Properties Bhd. (Boustead Pro­perties) menawarkan penge­cualian dan rebat sewa, selain bantuan komersial serta lain-lain sokongan berjumlah kira-kira RM18 juta kepada hampir 350 penyewa di enam hartanah komersialnya di seluruh negara.

Inisiatif tersebut diberikan kepada peniaga dan syarikat, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi masalah aliran tunai ketika berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Boustead Properties, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sepanjang PKP 1.0 dan 2.0, Kumpulan telah menawarkan pengecualian dan rebat sewa kepada penyewa dalam pelbagai kategori perniagaan serta perkhidmatan yang penting dan kritikal.

Menurut beliau, di the Curve dan Curve NX, penyewa terdiri daripada pengusaha gerai, kedai serbaneka, fesyen dan aksesori, pusat didik hibur, pusat penja­gaan kanak-kanak dan pusat bahasa, kedai makanan dan minuman, farmasi, klinik gigi serta perkhidmatan kewangan.

“Kami memahami keperluan kitaran penuh komuniti perniagaan dan membuat keputusan bahawa sekarang adalah masa yang tepat dan penting untuk membantu penyewa yang kami juga anggap sebagai rakan niaga strategik, sekali gus dapat melindungi kebajikan pekerja mereka,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan semalam.

Mohamed Khaled menambah, bagi bangunan komersial milik Boustead Properties, tawaran pengecualian dan rebat sewa juga telah membantu meringankan beban penyewa di Menara Boustead, Menara Boustead Pulau Pinang, Wisma Boustead dan Nucleus Tower.

Jelasnya, penyewa tersebut menyediakan ­perkhidmatan guaman, pengurusan aset kewangan, insurans, perdagangan, pelancongan, telekomunikasi, kejuruteraan dan pengiklanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI